Pertandingan Melukis Poster Kesedaran Tibi "Wilayah Ceria Tanpa Tibi" Tahun 2017
Syarat-syarat penyertaan pertandingan
melukis poster kesedaran bahaya penyakit Tibi bertajuk “Wilayah Ceria Tanpa
Tibi” Persatuan Mencegah Penyakit Tibi
Labuan adalah seperti berikut:
1. Pertandingan melukis poster kesedaran bahaya penyakit Tibi bertajuk
“Wilayah Ceria Tanpa Tibi” Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan
adalah terbuka kepada semua pelajar berdaftar sekolah rendah dan menengah di W.
P. Labuan.
2. Lukisan poster adalah bebas tetapi mesti memberi fokus kepada kehidupan sihat tanpa tibi.
3. Poster hendaklah dilukis di atas kertas putih bersaiz 270mm x 370mm.
Pensel warna, krayon, warna air dan pen marker dibenarkan.
4. Lukisan hendaklah asli dan tidak menggunakan poster mana-mana
organisasi, jabatan atau kementerian.
5. Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan mempunyai hak untuk
menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi
sekiranya didapati lukisan yang dihantar adalah tidak asli dan ditiru. Pihak
penganjur boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap kesalahan tersebut dan
tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami di atas dakwaan
karya tiruan.
6. Lukisan hendaklah berkaitan dengan tajuk dan menonjolkan usaha
mempromosi kesedaran bahaya penyakit Tibi.
7. Hantarkan penyertaan kepada:
Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan
Peti Surat 82328,
87033 W. P. Labuan
Sebelum atau pada 31 Mei 2017
8. Peserta hendaklah menulis nama
penuh (seperti dalam kad pengenalan), nombor kad pengenalan, alamat, nombor
telefon, kelas dan nama sekolah di bahagian belakang kertas lukisan.
Lukisan hendaklah ditandatangani oleh pentadbir sekolah dan dicop sebagai
pengesahan.
9. Keputusan adalah muktamad dan mengikut kategori sekolah rendah dan
menengah. Pemenang akan dihubungi melalui telefon. Pengumuman juga akan dibuat
dalam Facebook dan blog LAPTB.
10. Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan berhak sepenuhnya untuk
menggunakan lukisan peserta untuk mana-mana aktiviti dan program anjurannya.
11. Hadiah pertama – Sijil penyertaan + trofi
Hadiah kedua –Sijil
penyertaan + trofi
Hadiah ketiga – Sijil
penyertaan + trofi
Saguhati–
Sijil penyertaan
No comments:
Post a Comment