Sunday, December 2, 2012

Second-half year 2012

Sambutan Ulang Tahun Ke-64
MAPTB

Mesyuarat Eksekutif MAPTB
14 Julai 2012
Puteri Bayu Beach Resort, Pangkor

 
Mesyuarat Agung MAPTB
14 Julai 2012
The Orient Star Resort, Perak
 
43rd Union World International Conference
Kuala Lumpur Convention Centre

Saturday, July 28, 2012

Keputusan Pertandingan Melukis Poster Kesedaran Tibi 2012


Ahli Jawatankuasa Pengurusan LAPTB dalam Mesyuarat Pengurusan Bil.3/2012 yang terdiri daripada 9 orang juri telah bersetuju memilih penama-penama berikut sebagai pemenang Pertandingan Melukis Poster Kesedaran Tibi bertajuk "1 Malaysia Bebas Tibi" 2012.


Kategori Sekolah Menengah
Johan: Adrian Meripa Biring (SMK Mutiara)
Naib Johan: Siti Nabilah Ag Sulaiman (SMK Mutiara)
Ketiga: Logesvaran a/l Gopalkrishnan (SMK Mutiara)
Saguhati: Lim Vun Jiun (SM St Anthony)


Kategori Sekolah Rendah:
Johan: Tan Xue Wen (SJKC Chi Wen)
Naib Johan: Kong Yu Xuan (SJKC Chi Wen)
Ketiga: Hannah Tsen En Ling (SJKC Chi Wen)
Saguhati: Chan Wei Lu (SJKC Chi Wen)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.
Sila tunggu panggilan telefon daripada pihak penganjur untuk penyerahan hadiah.

Penyampaian hadiah Johan Kategori Sekolah Menengah
Adrian Meripa Biring (Kelas 5 CST SMK Mutiara)

Pemenang kategori Sekolah Rendah
SJKC Chi Wen, W. P. Labuan

Tuesday, May 1, 2012

1Malaysia Bebas Tibi

Jemputan Penyertaan Pertandingan Melukis Poster Kesedaran Tibi bertajuk "1Malaysia Bebas Tibi" Tahun 2012

Syarat-syarat penyertaan pertandingan melukis poster kesedaran bahaya penyakit Tibi bertajuk “1Malaysia Bebas Tibi”  Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan adalah seperti berikut:
1. Pertandingan melukis poster kesedaran bahaya penyakit Tibi bertajuk “1Malaysia Bebas Tibi”  Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan adalah terbuka kepada semua pelajar berdaftar sekolah rendah dan menengah di W. P. Labuan.
2. Lukisan poster adalah bebas tetapi mesti memberi  fokus kepada kehidupan sihat tanpa tibi.
3. Poster hendaklah dilukis di atas kertas putih bersaiz 270mm x 370mm. Pensel warna, krayon, warna air dan pen marker dibenarkan.
4. Lukisan hendaklah asli dan tidak menggunakan poster mana-mana organisasi, jabatan atau kementerian.
5. Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati lukisan yang dihantar adalah tidak asli dan ditiru. Pihak penganjur boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami di atas dakwaan karya tiruan.
6. Lukisan hendaklah berkaitan dengan tajuk dan menonjolkan usaha mempromosi kesedaran bahaya penyakit Tibi.
7. Hantarkan penyertaan kepada:
Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan
Peti Surat 82100
87030 W. P. Labuan (Tel: 087-412987)
Sebelum atau pada 31 Mei 2012
8. Peserta hendaklah menulis nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, kelas dan nama sekolah di bahagian belakang kertas lukisan. Lukisan hendaklah ditanda tangani oleh pentadbir sekolah dan dicop sebagai pengesahan.
9. Keputusan adalah muktamad dan mengikut kategori sekolah rendah dan menengah. Pemenang akan dihubungi melalui telefon.
10. Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan berhak sepenuhnya untuk menggunakan lukisan peserta untuk mana-mana aktiviti dan program anjurannya.
11. Hadiah pertama – Sijil penyertaan + trofi + Sijil Sahabat LAPTB
        Hadiah kedua –Sijil penyertaan  + trofi + Sijil Sahabat LAPTB
        Hadiah ketiga – Sijil penyertaan + trofi + Sijil Sahabat LAPTB
        Saguhati dan Anugerah Khas Hakim – Sijil penyertaan  + Sijil Sahabat LAPTB