Saturday, November 19, 2011

Hari Keluarga LAPTB 2011


Hari Keluarga LAPTB 2011 telah diadakan pada hari ini, 19 November 2011 bertempat di Deep Sea Seafood Restaurant. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Penolong Pegawai Kesihatan dari Klinik Tibi Labuan.

Friday, September 23, 2011

MAPTB 61st AGM 23 July 2011

Mesyuarat Agung Ke-61 Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia telah diadakan pada 23 Julai 2011 bertempat di Quality Hotel, Kuala Lumpur. Mesyuarat dirasmikan dan turut dihadiri oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan diwakili oleh Presiden, Encik Lee.

Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi ucapan dalam mesyuarat agung MAPTB

Kehadiran YB Menteri menunjukkan kementerian prihatin terhadap usaha banteras Tibi
YB Menteri beramah mesra dengan Presiden MAPTB dan pengerusi cawangan MAPTB negeri

Saturday, July 16, 2011

Prize Sponsorship



The English Language Panel of SMK Mutiara held its annual English Language Camp on the 9th of July 2011 at Dewan Semarak. LAPTB sponsored the prizes for the best female and male camp participant. Prizes were given away by Mr Sahar Misron, the Principal of SMK Mutiara, witnessed by Mr. Hyginus, Secretary of LAPTB.

Sunday, June 19, 2011

Keputusan Pertandingan Melukis Poster 1Malaysia Bebas Tibi

Penyampaian hadiah bagi pemenang Pertandingan Melukis Poster Kesedaran Tibi bertajuk 1Malaysia Bebas Tibi telah diadakan di SMK Mutiara bagi johan, tempat ketiga, dan saguhati. Hadiah berupa trofi dan sijil disampaikan oleh Pengetua SMK Mutiara, Puan Hajah Zamzam Haji Abdul Rashid, disaksikan oleh Setiausaha Agung LATPB, Encik Hyginus.

Johan Kategori Sekolah Menengah


Naib Johan Kategori Sekolah Menengah


Ketiga Kategori Sekolah Menengah


Saguhati Kategori Sekolah Menengah

Penyampaian hadiah untuk pemenang kategori sekolah rendah disampaikan oleh Presiden LAPTB, Encik Lee di SJK(C) Chi Wen Labuan.


Johan Kategori Sekolah Rendah


Naib Johan Kategori Sekolah Rendah


Ketiga Kategori Sekolah Rendah


Hasil karya pemenang kategori sekolah rendah


Hasil karya pemenang kategori sekolah menengah

Mesyuarat Pengurusan LAPTB Bil. 2/2011 telah diadakan pada 18 Jun 2011 (Sabtu) bertempat di Pejabat LAPTB, Jalan Merdeka, W. P. Labuan. Di atas persetujuan ahli-ahli mesyuarat yang bersidang, diumumkan pemenang Pertandingan Melukis Poster Kesedaran Tibi bertajuk "1Malaysia Bebas Tibi" adalah seperti berikut:

Kategori Sekolah Rendah
Johan: Tan Xue Wen (4 Biru, SJKC Chi Wen)
Naib Johan: Tan Xin Yi (1 Biru, SJKC Chi Wen)
Ketiga: Kong Yu Xuan (4 Biru, SJKC Chi Wen)
Saguhati: Abdul Hakim bin Abdul Kahar (6 Marikh, SK Pantai)

Sekolah Menengah
Juara: Adrian Meripa Biring (SMK Mutiara)
Naib Johan: Lim Vun Jiun (SM St. Anthony)
Ketiga: Siti Nabilah (SMK Mutiara)
Saguhati: Mohd Khairul Hamizan (SMK Mutiara)

Sunday, May 8, 2011

Mesyuarat Agung Ke-5 LAPTB 2011



Mesyuarat Agung Kelima LAPTB telah diadakan di Bilik 1U, SJK (C) Chi Wen, Wilayah Persekutuan Labuan. Tahniah kepada Presiden, Timbalan Presiden, dan Setiausaha kerana dapat mempertahankan jawatan masing-masing. Tahniah juga kepada En. Sutrisno bin Sokirman kerana menjadi Timbalan Setiausaha dan kepada Puan Delima Hj Ismail kerana menjadi Bendahari Kehormat. Semoga ahli jawatankuasa tertinggi ini dapat meneruskan perjuangan membanteras dan mempromosi kesedaran penyakti Tibi di negeri Labuan.

Wednesday, April 27, 2011

Pertandingan Melukis Poster 1Malaysia Bebas Tibi

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER KESEDARAN 1MALAYSIA BEBAS TIBI

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan (LAPTB) akan menganjurkan Pertandingan Melukis Poster Kesedaran Bahaya Tibi bertajuk “1Malaysia Bebas Tibi” bermula 1 Mei hingga 30 Mei 2011. Sehubungan dengan itu, pihak LAPTB menjemput pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di Wilayah Persekutuan Labuan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Syarat-syarat pertandingan dijelaskan seperti di bawah.
_____________________________________________________________________________________

Syarat-syarat penyertaan pertandingan melukis poster kesedaran bahaya penyakit Tibi bertajuk “1Malaysia Bebas Tibi” Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan adalah seperti berikut:
1. Pertandingan melukis poster kesedaran bahaya penyakit Tibi bertajuk “1Malaysia Bebas Tibi” Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan adalah terbuka kepada semua pelajar berdaftar sekolah rendah dan menengah di W. P. Labuan.
2. Lukisan poster adalah bebas tetapi mesti memberi fokus kepada kehidupan sihat tanpa tibi.
3. Poster hendaklah dilukis di atas kertas putih bersaiz 270mm x 370mm. Pensel warna, krayon, warna air dan pen marker dibenarkan.
4. Lukisan hendaklah asli dan tidak menggunakan poster mana-mana organisasi, jabatan atau kementerian.
5. Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati lukisan yang dihantar adalah tidak asli dan ditiru. Pihak penganjur boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami di atas dakwaan karya tiruan.
6. Lukisan hendaklah berkaitan dengan tajuk dan menonjolkan usaha mempromosi kesedaran bahaya penyakit Tibi.
7. Hantarkan penyertaan kepada:
Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan
Peti Surat 82100
87030 W. P. Labuan (Tel: 087-412987)
Sebelum atau pada 30 Mei 2011
8. Peserta hendaklah menulis nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, kelas dan nama sekolah di bahagian belakang kertas lukisan. Lukisan hendaklah ditanda tangani oleh pentadbir sekolah dan dicop sebagai pengesahan.
9. Keputusan adalah muktamad dan mengikut kategori sekolah rendah dan menengah. Pemenang akan dihubungi melalui telefon.
10. Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan berhak sepenuhnya untuk menggunakan lukisan peserta untuk mana-mana aktiviti dan program anjurannya.
11. Hadiah pertama – Sijil penyertaan + trofi
Hadiah kedua –Sijil penyertaan + trofi
Hadiah ketiga – Sijil penyertaan + trofi
Saguhati dan Anugerah Khas Hakim – Sijil penyertaan

Sunday, April 24, 2011

Selamat Datang Sahabat LAPTB 2011

Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana menjadi Sahabat LATPB 2011-2012. Anda telah menunjukkan bahawa anda menyokong usaha berterusan membanteras penyakit Tibi di Wilayah Persekutuan Labuan.

Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan (LAPTB) telah ditubuhkan secara rasminya pada 13 Jun 2007 setelah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan dengan no. 1227-07-SBH. Penasihat LAPTB ialah Datuk K. J. Joseph yang juga merupakan Presiden Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Sabah (SABATA). LAPTB berada di bawah gabungan Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia (MAPTB) yang berpusat di Kuala Lumpur., di bawah pimpinan Dato’ Seri Yeop Jr. b. Hj. Yeop Adlan.

LAPTB bergerak sebagai sebuah persatuan sukarela berteraskan kebajikan dan promosi kesihatan. Ia merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang bermatlamat mempromosi pencegahan, kawalan, dan rawatan Tibi, dan jika boleh, membasmi Tibi secara keseluruhan di negeri ini. Antara aktiviti tahunan LAPTB ialah pertandingan melukis poster, kuiz kesedaran, pameran kesedaran Tibi, dan lawatan ke Klinik Tibi Labuan.

Menurut Utusan Online bertarikh 14 Mac 2010, Dr. Hairulfaizi Haron (UKM) melaporkan bahawa terdapat 17,506 kes baru didaftarkan pada 2008. Daripada angka ini, 10,441 disahkan dijangkiti kuman tibi dengan 2207 kes melibatkan pendatang asing. Menurut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, terdapat lebih kurang 20 juta kes tibi aktif di seluruh dunia. LAPTB telah membantu menghulurkan bantuan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM8650 kepada 57 pesakit pada tahun 2009 di Wilayah Persekutuan Labuan di bawah Skim Elaun Rawatan (Treatment Allowance Scheme). Pada tahun 2010 pula, sebanyak RM8750 telah dibelanjakan untuk 54 pesakit Tibi.

Sebagai Sahabat LAPTB, saya yakin anda telah menerima risalah kesedaran Tibi. Risalah yang telah diedarkan memberi maklumat tentang definisi Tibi, gejala Tibi, cara jangkitan, cara mengesan, cara mencegah, dan penjelasan tentang rawatan DOTS. Anda boleh memainkan peranan anda sebagai sahabat kami untuk menyebar maklumat tentang penyakit berjangkit ini. Sijil Persahabatan pula adalah simbolik kepada kerjasama dan sokongan anda terhadap usaha mencegah Tibi.

Untuk makluman para Sahabat LAPTB yang baru mendaftar, program Sahabat LAPTB ini bukanlah satu kempen keahlian LAPTB. Anda tidak terikat kepada perlembagaan LAPTB mahupun secara automatik menjadi ahli berdaftar LAPTB. Program Sahabat LAPTB hanyalah pengiktirafan secara tidak formal kepada anda kerana menyokong promosi dan pembasmian Tibi oleh LAPTB. Ini adalah satu cara LAPTB menghargai sokongan dan kerjasama tuan-tuan dan puan-puan. Secara tidak langsung juga, Sahabat LAPTB boleh membantu dalam menyebar maklumat tentang penyakit Tibi.

LAPTB berharap dengan pengesanan awal dan cara pencegahan yang efektif, penyakit Tibi di Labuan boleh dibanteras. Oleh yang demikian, para sahabat LAPTB digalakkan untuk memberi kerjasama dalam usaha ke arah eliminasi penyakit Tibi di Wilayah Persekutuan Labuan khususnya. Sila kunjungi kami di facebook (Laptb Labuan) melalui laptb2008@yahoo.com atau blog http://laptb.blogspot.com untuk promosi dan maklumat terkini.


Presiden
Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan.

Sunday, March 27, 2011

World TB Day Celebration


Pameran Tibi dan kuiz tentang Tibi yang menjanjikan hadiah hamper

Pameran Tibi

Presiden LAPTB mendapat maklum balas daripada kakitangan Jabatan Kesihatan

Pameran Tibi

Pameran kesedaran Tibi

Bergambar bersama Pengarah Kesihatan Labuan (tiga dari kanan), Presiden LAPTB (dua dari kanan), Dr Babu (kanan) dan para pegawai dan kakitangan Jabatan Kesihatan serta ahli LAPTB

Pelepasan burung merpati sebagai gimik pelancaran Hari Tibi Sedunia, disempurnakan oleh Dr Zaini Hussin (Pengarah Kesihatan) dan Encik Lee (Presiden LAPTB)

Tema tahun ini ialah "Bergerak Membanteras Tibi: Transformasi perjuangan ke arah eliminasi"

Saturday, March 26, 2011

Sambutan Hari Tibi Sedunia 2011

Jabatan Kesihatan Labuan akan menganjurkan Sambutan Hari Tibi Sedunia 2011 pada 27 Mac 2011 di Ujana Kewangan, W. P. Labuan. Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan (LAPTB) akan bekerjasama dan turut serta dalam program ini. LAPTB akan memperkenalkan program Sahabat LAPTB di mana derma minimum RM10.00 melayakkan seseorang individu, syarikat atau agensi untuk menjadi sahabat berdaftar. Sahabat LAPTB akan menerima Sijil Persahabatan, newsletter MAPTB, khidmat nasihat dan sokongan, bahan-bahan promosi serta risalah pencegahan Tibi. Jom! Bersama Mencegah Tibi..

Wednesday, March 2, 2011

Meetings





MAPTB Exco Meeting at Quality Hotel, Kuala Lumpur 26 February 2011

The Exco Meeting 2011 was chaired by Datuk Seri Yeop Jr. LAPTB was represented by its Secretary.