Thursday, July 15, 2010

Kuiz Kesedaran Penyakit Tibi 2010


Pelajar SMK Mutiara

Bersama Guru Besar SJKC Chung Hwa

Bersama Guru Besar dan Staf SJKC Chi Wen


Kuiz Kesedaran Penyakit Tibi 2010 telah berlangsung bermula 14 Julai 2010. Borang penyertaan telah diedar ke SMK Mutiara, SJKC Chung Hwa, dan SJKC Chi Wen serta orang ramai di kawasan berhampiran pejabat LAPTB.

Mesyuarat Agung Ke-60 MAPTB


Mesyuarat Agung Ke-60 MAPTB telah berlangsung pada 10 Julai 2010 di Quality Hotel, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Mesyuarat telah dihadiri oleh Presiden dan Setiausaha. Pada hari tersebut juga diadakan taklimat peruntukan promosi kesihatan oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia yang disampaikan oleh Ketua Sektor Tibi/Kusta, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Jiloris F. Dony.

Monday, July 12, 2010

Kuiz Kesedaran Penyakit Tibi 2010

Sukacita dijemput seluruh warga Labuan untuk menyertai Kuiz Kesedaran Penyakit Tibi Labuan anjuran LAPTB 2010.

1. Tibi juga dikenali sebagai penyakit
(A) Tuberculosis
(B) Termagenosis
(C) Tumourculosis

2. Tibi pulmonari boleh merebak melalui
(A) Sentuhan
(B) Sebaran udara
(C) Perkongsian jarum

3. Batuk yang disebar pesakit Tibi bahaya kerana
(A) Terdapat virus HIV/AIDS
(B) Boleh membunuh serta merta
(C) Titisan halus mengandungi kuman Tibi

4. Gejala penyakit Tibi pulmonari adalah seperti
(A) Buta
(B) Obesiti
(C) Kahak berdarah

5. Antara pencegahan penyakit tibi ialah
(A) Chickenpox
(B) Imunisasi BCG
(C) Suntikan tetanus

Jawapan hendaklah dihantar melalui email kepada LAPTB di laptb2008@yahoo.com dengan tajuk email "Kuiz Kesedaran Penyakit Tibi". Sila sertakan nama, alamat dan nombor telefon.

Thursday, May 20, 2010

Tahniah kepada pemenang

LAPTB mengucapkan tahniah kepada para pemenang Pertandingan Melukis Poster Kesedaran Tibi Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2010.


NAIB JOHAN KATEGORI SEKOLAH RENDAH


GAMBAR BERSAMA JOHAN, PEMENANG TEMPAT KETIGA DAN SAGUHATI KATEGORI SEKOLAH RENDAH


JOHAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH: Adrian Meripa Biring


NAIB JOHAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH: Mohammad Alfis Misdan


TEMPAT KETIGA KATEGORI SEKOLAH MENENGAH: Logesvaran a/l Gopalakrisnan

Saturday, May 8, 2010

Keputusan Pertandingan Melukis Poster


Ahli LAPTB sedang memilih lukisan terbaik


Lukisan pemenang kategori sekolah menengah


Lukisan pemenang kategori sekolah rendah


Mesyuarat Agung LAPTB Kali Keempat 2010 telah sebulat suara memilih penama-penama tersebut di bawah sebagai pemenang Pertandingan Melukis Poster Kesedaran Tibi Sekolah-sekolah Rendah dan Sekolah-sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Labuan bertema "Hidup Bahagia Tanpa Tibi".

Sekolah rendah
: Tan Xue Wen (Johan)
: Hui Wei Fang (Kedua)
: Amenda Yong Ching (Ketiga)
: Liaw Qian Yan (Saguhati)

Sekolah menengah
: Adrian Meripa Biring (Johan)
: Mohammad Alfis Misdan (Kedua)
: Logesvaran a/l Gopalakrisnan (Ketiga)
: Puteri Noorazimah bt Mohamed @ Mahmood (Saguhati)

TAHNIAH diucapkan kepada para pemenang. Anda akan dihubungi dalam masa terdekat.

Saturday, May 1, 2010

Pameran Kesedaran Penyakit Tibi


Depan (dari kiri): En. Jong (Lion's Club), En. Lee (Presiden LAPTB), Dr. Aziz (Jabatan Kesihatan), En. Yakop (Timbalan Presiden LAPTB).
Belakang (dari kiri): En. H. Lester (Setiausaha LAPTB), Pn. Esther (AJK LAPTB), Pn. Delima (Timb. Setiausaha), dan Pn. Fadilah (Ahli).

Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan (LAPTB) telah mengadakan pameran kesedaran penyakit Tibi dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Labuan (Klinik Tibi Labuan)bertempat di Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan pada 1 dan 2 Mei 2010 sempena Labuan International Sea Challenge and Water Festival 2010.

Saturday, April 24, 2010

Program 10,000 Langkah



Penyertaan ahli LAPTB dalam Program 10,000 Langkah dari Taman Damai ke Padang Pajal anjuran Jabatan Kesihatan Labuan sempena Hari Kesihatan Sedunia 2010 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pada 24 April 2010. Tahniah kepada Presiden LAPTB, Mr. Lee dan isteri, serta En. Joffery dan Puan Fadilah kerana berjaya menamatkan perjalanan 10,000 langkah.

Sunday, April 4, 2010

Lawatan sambil belajar ke Vietnam



Empat orang ahli LAPTB telah menyertai lawatan sambil belajar ke Vietnam yang diadakan pada 25 - 28 Mac 2010. Mereka ialah Presiden LAPTB, En. Lee dan isteri Pn. Esther; Pn. Fadilah serta En. Joffery. Lawatan tersebut telah dianjurkan oleh MAPTB.

Friday, March 5, 2010

Pertandingan Melukis Poster 2010


Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan dengan ini mempelawa pelajar-pelajar berdaftar di sekolah rendah dan menengah di W. P. Labuan untuk menyertai pertandingan melukis poster kesedaran bahaya Tibi. Syarat-syarat penyertaan pertandingan melukis poster kesedaran bahaya penyakit Tibi bertajuk “Hidup Bahagia Tanpa Tibi” Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan adalah seperti berikut:

1. Pertandingan melukis poster kesedaran bahaya penyakit Tibi bertajuk “Hidup Bahagia Tanpa Tibi” Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan adalah terbuka kepada semua pelajar berdaftar sekolah rendah Tahun 1 hingga 6 dan sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 6 di W. P. Labuan.

2. Lukisan poster adalah bebas tetapi mesti member fokus kepada “Hidup Bahagia Tanpa Tibi”. Poster hendaklah dilukis di atas kertas lukisan putih bersaiz 270mm x 370mm. Pensel warna, krayon, warna air dan pen marker dibenarkan.

3. Lukisan hendaklah asli dan tidak menggunakan poster mana-mana organisasi, jabatan atau kementerian.

4. Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati lukisan yang dihantar adalah tidak asli dan ditiru. Pihak penganjur boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami di atas dakwaan karya tiruan.

5. Lukisan hendaklah berkaitan dengan tajuk dan menonjolkan usaha mempromosi kesedaran bahaya penyakit Tibi.

6. Hantarkan penyertaan kepada:
Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan
Peti Surat 82100
87030 W. P. Labuan
Sebelum atau pada 30 April 2010

7. Peserta hendaklah menulis nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, kelas dan nama sekolah serta perakuan pihak sekolah di bahagian belakang kertas lukisan.

8. Keputusan adalah muktamad. Surat menyurat tidak akan dilayan. Pemenang akan dihubungi melalui telefon.

9. Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan berhak sepenuhnya untuk menggunakan lukisan peserta untuk mana-mana aktiviti dan program anjurannya.

10. Hadiah pertama – Sijil penyertaan + barangan bernilai RM50
Hadiah kedua –Sijil penyertaan + barangan bernilai RM20
Hadiah ketiga – Sijil penyertaan + barangan bernilai RM10
Saguhati dan Anugerah Khas Hakim – Sijil penyertaan

Monday, February 22, 2010

Sekalung tahniah


Ucapan tahniah kepada Presiden Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan di atas pengurniaan "Bintang Ahli Mahkota Wilayah" oleh Sultan Negeri Kedah Darul Aman merangkap Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billah Muhibudddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah sempena Hari Wilayah Persekutuan 01 Februari 2010 di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur.

Friday, February 5, 2010

Hari Keluarga LAPTB 2009


Hari Keluarga LAPTB 2009 telah diadakan pada 15 November 2009 bertempat di Pantai Pancur Hitam, W. P. Labuan. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli LAPTB dan keluarga kerana telah menjayakan hari keluarga kali kedua ini.

Sambutan Hari Tibi



Sambutan Hari Tibi Peringkat W. P. Labuan telah diadakan pada 05 Sept 2009 bertempat di Klinik Tibi Labuan. Sambutan tersebut telah dihadiri oleh Presiden LAPTB, Timbalan Presiden dan AJK LAPTB. Turut hadir pada hari tersebut adalah Dr Zaini Husin, Pengarah Kesihatan Labuan.