Saturday, October 11, 2014

Keputusan Melukis Poster "Malaysia Merdeka Bebas Tibi"

Mesyuarat Pengurusan LAPTB Bil.4/2014 pada 11 Oktober 2014 telah sebulat suara memilih pemenang-pemenang berikut untuk Pertandingan Melukis Poster Kesedaran Tibi bertajuk "Malaysia Merdeka Bebas Tibi".

Kategori Sekolah Menengah:

Johan: Kok Hui Taou (SMK Labuan)
Naib Johan: Muhammad Haziq bin Matnor (SMK Rancha-rancha)
Ketiga: Yap Joewin (SMK Labuan)

Kategori Sekolah Rendah:


Johan: Tang Xin Yi (SJKC Chi Wen)
Naib Johan: Joan Khoo Li Ling (SJKC Chi Wen)
Ketiga: Lee Min (SJKC Chung Hwa).
Pihak LAPTB akan ke sekolah anda untuk menyampaikan hadiah.

Friday, August 8, 2014

Pertandingan Melukis Poster Kesedaran Tibi 2014


Syarat-syarat penyertaan pertandingan melukis poster kesedaran bahaya penyakit Tibi bertajuk “Malaysia Merdeka Tanpa Tibi”  Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan adalah seperti berikut:

1.       Pertandingan melukis poster kesedaran bahaya penyakit Tibi bertajuk “Malaysia Merdeka Tanpa Tibi  Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan adalah terbuka kepada semua pelajar berdaftar sekolah rendah dan menengah di W. P. Labuan.

2.       Lukisan poster adalah bebas tetapi mesti memberi  fokus kepada kehidupan sihat tanpa tibi.

3.       Poster hendaklah dilukis di atas kertas putih bersaiz 270mm x 370mm . Pensel warna, krayon, warna air dan pen marker dibenarkan. Cetakan berkomputer tidak akan diterima.

4.       Lukisan hendaklah asli dan tidak menggunakan poster mana-mana individu, organisasi, jabatan atau kementerian.

5.       Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati lukisan yang dihantar adalah tidak asli dan ditiru. Pihak penganjur boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami di atas dakwaan karya tiruan.

6.       Lukisan hendaklah berkaitan dengan tajuk dan menonjolkan usaha mempromosi kesedaran bahaya penyakit Tibi.

7.       Hantarkan penyertaan kepada:

Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan

P.O.Box 82328, 87033 Labuan F.T., Malaysia

Tarikh tutup: 20 September 2014

8.       Peserta hendaklah menulis nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, kelas dan nama sekolah di bahagian belakang kertas lukisan. Lukisan hendaklah ditandatangani oleh pentadbir sekolah dan dicop sebagai pengesahan.

9.       Keputusan adalah muktamad dan mengikut kategori sekolah rendah dan menengah. Pemenang akan dihubungi melalui telefon, blog LAPTB, dan page facebook LAPTB.

10.   Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan berhak sepenuhnya untuk menggunakan lukisan peserta untuk mana-mana aktiviti dan program anjurannya.

11.   Hadiah pertama – Sijil penyertaan + trofi

Hadiah kedua –Sijil penyertaan  + trofi

Hadiah ketiga – Sijil penyertaan + trofi

Saguhati – Sijil penyertaan 

 

Sunday, May 25, 2014

Perubahan alamat LAPTB

Sukacita dimaklumkan bahawa LAPTB telah berpindah ke lokasi baru seperti di bawah.

Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan
(Labuan Association for the Prevention of Tuberculosis)
Blok A, Lot 6,
1st Floor, Pertama Industrial Estate,
Off Jalan Arsat,
87008 W. P. Labuan
Malaysia.

Notis penggantungan dan pelucutan keahlian LAPTB

Kepada penama tersebut di bawah (alamat perhubungan tidak diketahui)

Ramilah binti Ramlee
Napiah bin Yakop
Kewasidah binti Nadus @ Abdullah
Chieng Yu Sieng Nelson
Dg Azura binti Ariffin Anzy
Aneeza @ Aci binti Mohd Ali
Chiang Gik Shing
Bongkok @ Liiliah Ronggaling
Sailin bin Ribin
Junainah binti Matali
Sharifah binti Idris @ Mohd Said
Evelyn Chin Sing Ping
Budi Hanai bin Abdullah

Tuan,
NOTIS PENGGANTUNGAN DAN PELUCUTAN KEAHLIAN LAPTB

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas.

2.            Dimaklumkan bahawa keputusan Mesyuarat Agung LAPTB Ke-7 tahun 2013 menetapkan bahawa ahli LAPTB yang tidak hadir untuk lima mesyuarat agung dan didapati tidak aktif dalam sebarang program serta aktiviti yang dianjurkan akan digantung keahliannya sehingga mesyuarat agung tahun berikutnya. Namun, ahli itu akan diberi peluang untuk merayu dalam tempoh tersebut. Sekiranya ahli yang digantung itu gagal menunjukkan surat tunjuk sebab sebagai rayuan bagi mendapatkan semula keahliannya, maka ahli tersebut akan dicadangkan untuk disingkirkan oleh Jawatankuasa Pengurusan setelah disokong oleh majoriti ahli yang hadir dalam mesyuarat agung. Keputusan ini diambil setelah kami mempertimbangkan Perlembagaan LAPTB Fasal 6.2 dan 9.1.

3.            Sehubungan dengan itu, LAPTB sekali lagi membincangkan hal tersebut di atas dalam Mesyuarat Pengurusan Bil.1/2014 serta Mesyuarat Agung Ke-8 pada 01 Mei 2014 bagi memperhalusi keputusan penggantungan dan pelucutan ahli. Ahli mesyuarat telah bersetuju, menerima, dan menyokong keputusan bahawa ahli yang tidak mengikuti Mesyuarat Agung selama lima (5) kali berturut-turut dan/atau didapati tidak aktif dalam sebarang aktiviti persatuan selama lima (5) kali dalam tempoh dua (2) tahun digantung dengan serta merta sehingga Mesyuarat Agung Tahunan berikutnya. Jika tiada rayuan dibuat selepas pemberitahuan oleh Setiausaha Agung, keahlian akan dilucutkan. Rayuan hanya boleh dibuat semula dalam Mesyuarat Agung dan diterima oleh majoriti dua per tiga ahli mesyuarat yang hadir.

4.            Dengan dukacita memaklumkan bahawa setelah disemak dalam senarai kehadiran tahun-tahun lepas, Jawatankuasa Pengurusan LAPTB telah mengambil keputusan untuk menggantung keahlian tuan sehingga Mesyuarat Agung LAPTB Ke-9. Tuan boleh membuat rayuan bertulis kepada LAPTB melalui Presiden atau Setiausaha Agung. Sekiranya LAPTB gagal mendapat respon daripada pihak tuan, tuan akan dilucutkan daripada menjadi ahli LAPTB setelah mendapat perkenan Jawatankuasa Pengurusan dan suara majoriti Mesyuarat Agung.

4.            Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada Presiden atau Setiausaha melalui talian telefon atau alamat LAPTB. Kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini amat diharapkan. Sekian untuk tindakan tuan seterusnya.

Terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Presiden

Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan

Notis ini dikeluarkan oleh Setiausaha Agung LAPTB pada 25 Mei 2014 dan perkara tersebut di atas adalah berkuatkuasa dengan serta merta, ditujukan kepada semua ahli LAPTB dan diambil kira sebagai pemberitahuna oleh Setiausaha Agung untuk ahli yang berpotensi digantung dan dilucutkan.