Wednesday, July 30, 2008

Penyakit Tibi

Apakah penyakit Tibi?
________________

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. Ia disebabkan oleh kuman tibi (Tubercle Bacilli) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit, dan lain-lain.

Cara sebaran
__________

Kuman tibi disebarkan melalui udara. Pesakit tibi yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta kuman tibi di udara apabila batuk dan bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini berpeluang dijangkiti kuman tibi.

Tanda-tanda penyakit tibi paru-paru
___________________________

Batuk berterusan lebih dari 2 minggu
Kahak yang mungkin mengandungi darah
Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
Susut berat badan dan hilang selera makan
Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
Mudah letih

Cara mengesan penyakit tibi
_____________________

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda penyakit tibi, anda hendaklah
(i) Melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenal pasti kuman tibi
(ii) Menjalani pemeriksaan x-ray

Rawatan tibi melalui strategi DOTS
__________________________

DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcourse) atau Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus merupakan strategi yang disarankan oleh WHO untuk merawat penyakit tibi.

Prinsip-prinsip DOTS adalah:

- Pesakit perlu mengambil rawatan selama 6 bulan
-2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan terlatih
-Peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik
-Pesakit perlu menggunakan kombinasi dan dos-dos ubat yang betul mengikut jangka waktu yang ditetapkan
-Dengan rawatan yang sempurna, pesakit boleh sembuh sepenuhnya


Pencegahan
_________

Dapatkan suntikan BCG bagi
-bayi yang baru lahir
-pada umur 7 tahun sekiranya tiada bekas parut
-pada umur 12 tahun

Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya anda mengalami batuk berterusan lebih dari 2 minggu

Kontak iaitu ahli keluarga atau individu yang rapat dengan pesakit tibi hendaklah tampil membuat pemeriksaan

Nasihat am
_________

Banyakkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman tibi

Pastikan rumah anda mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka pintu dan tingkap

Amalkan gaya hidup sihat dan mengambil makanan seimbang




Disediakan oleh Un it Pendidikan dan Seminar 2008
Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan (LAPTB)
berdasarkan terbitan Unit Pendidikan Kesihatan
Institut Perubatan Respiratori (Pusat Tibi Negara)

No comments: