Keputusan Pertandingan Melukis Poster Kesedaran Tibi 2015
Sekolah
Rendah:
JOHAN: Lee Min (SJKC Chung Hwa),
NAIB JOHAN: Tang Xin Yi (SJKC
Chi Wen),
KETIGA: Samuel Sim Wei Song (SJKC Chung Hwa).
Sekolah
Menengah:
JOHAN: Mohd Haziq bin Matnor (SMK Rancha-Rancha),
NAIB JOHAN:
Bazrul Ikhmar Zunaidi (SMK Mutiara),
KETIGA: Mark Griffin Anak Elias
(SMK Rancha-Rancha).
Tahniah kepada semua pemenang~!
Monday, November 9, 2015
Friday, August 14, 2015
Pertandingan Melukis Poster Malaysia Merdeka Tanpa Tibi
Syarat-syarat
penyertaan pertandingan melukis poster kesedaran bahaya penyakit Tibi bertajuk
“Malaysia Merdeka Tanpa Tibi” Persatuan
Mencegah Penyakit Tibi Labuan adalah seperti berikut:
1. Pertandingan melukis poster kesedaran bahaya penyakit Tibi bertajuk
“Malaysia Merdeka Tanpa Tibi” Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan adalah
terbuka kepada semua pelajar berdaftar sekolah rendah dan menengah di W. P.
Labuan.
2. Lukisan poster adalah bebas tetapi mesti memberi fokus kepada kehidupan sihat tanpa tibi.
3. Poster hendaklah dilukis di atas kertas putih bersaiz 270mm x 370mm
. Pensel warna, krayon, warna air dan pen marker dibenarkan. Cetakan
berkomputer tidak akan diterima.
4. Lukisan hendaklah asli dan tidak menggunakan poster mana-mana
individu, organisasi, jabatan atau kementerian.
5. Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan mempunyai hak untuk
menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi
sekiranya didapati lukisan yang dihantar adalah tidak asli dan ditiru. Pihak
penganjur boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap kesalahan tersebut dan
tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami di atas dakwaan
karya tiruan.
6. Lukisan hendaklah berkaitan dengan tajuk dan menonjolkan usaha
mempromosi kesedaran bahaya penyakit Tibi.
7. Hantarkan penyertaan kepada:
Persatuan Mencegah
Penyakit Tibi Labuan
P.O.Box 82328, 87033
Labuan F.T., Malaysia
Tel: 019-8821146
(Presiden)
Tarikh tutup: 20 September
2015
8. Peserta hendaklah menulis nama
penuh (seperti dalam kad pengenalan), nombor kad pengenalan, alamat, nombor
telefon, kelas dan nama sekolah di bahagian belakang kertas lukisan.
Lukisan hendaklah ditandatangani oleh pentadbir
sekolah dan dicop sebagai
pengesahan.
9. Keputusan adalah muktamad dan mengikut kategori sekolah rendah dan
menengah. Pemenang akan dihubungi melalui telefon, blog LAPTB, dan page
facebook LAPTB.
10. Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan berhak sepenuhnya untuk
menggunakan lukisan peserta untuk mana-mana aktiviti dan program anjurannya.
11. Hadiah pertama – Sijil penyertaan + trofi
Hadiah kedua –Sijil
penyertaan + trofi
Hadiah ketiga – Sijil
penyertaan + trofi
Saguhati – Sijil
penyertaan
Subscribe to:
Posts (Atom)