Friday, March 5, 2010
Pertandingan Melukis Poster 2010
Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan dengan ini mempelawa pelajar-pelajar berdaftar di sekolah rendah dan menengah di W. P. Labuan untuk menyertai pertandingan melukis poster kesedaran bahaya Tibi. Syarat-syarat penyertaan pertandingan melukis poster kesedaran bahaya penyakit Tibi bertajuk “Hidup Bahagia Tanpa Tibi” Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan adalah seperti berikut:
1. Pertandingan melukis poster kesedaran bahaya penyakit Tibi bertajuk “Hidup Bahagia Tanpa Tibi” Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan adalah terbuka kepada semua pelajar berdaftar sekolah rendah Tahun 1 hingga 6 dan sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 6 di W. P. Labuan.
2. Lukisan poster adalah bebas tetapi mesti member fokus kepada “Hidup Bahagia Tanpa Tibi”. Poster hendaklah dilukis di atas kertas lukisan putih bersaiz 270mm x 370mm. Pensel warna, krayon, warna air dan pen marker dibenarkan.
3. Lukisan hendaklah asli dan tidak menggunakan poster mana-mana organisasi, jabatan atau kementerian.
4. Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati lukisan yang dihantar adalah tidak asli dan ditiru. Pihak penganjur boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami di atas dakwaan karya tiruan.
5. Lukisan hendaklah berkaitan dengan tajuk dan menonjolkan usaha mempromosi kesedaran bahaya penyakit Tibi.
6. Hantarkan penyertaan kepada:
Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan
Peti Surat 82100
87030 W. P. Labuan
Sebelum atau pada 30 April 2010
7. Peserta hendaklah menulis nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, kelas dan nama sekolah serta perakuan pihak sekolah di bahagian belakang kertas lukisan.
8. Keputusan adalah muktamad. Surat menyurat tidak akan dilayan. Pemenang akan dihubungi melalui telefon.
9. Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan berhak sepenuhnya untuk menggunakan lukisan peserta untuk mana-mana aktiviti dan program anjurannya.
10. Hadiah pertama – Sijil penyertaan + barangan bernilai RM50
Hadiah kedua –Sijil penyertaan + barangan bernilai RM20
Hadiah ketiga – Sijil penyertaan + barangan bernilai RM10
Saguhati dan Anugerah Khas Hakim – Sijil penyertaan
Subscribe to:
Posts (Atom)