Wednesday, October 28, 2009

Keputusan Pertandingan Melukis Poster

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan LAPTB telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bil.4/2009 pada 24 Oktober 2009 dan telah sebulat suara memilih pelajar berikut sebagai pemenang Pertandingan Melukis Poster Kesedaran Tibi 2009.

ADRIAN MERIPA BIRING (JOHAN)
MUHAMMAD ALFIS MISDAN (NAIB JOHAN)
MOHD HAFIZ SUPRI (KETIGA)
NURIDAH AWANG (SAGUHATI)

LAPTB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang.
Hadiah akan disampaikan kepada pemenang melalui pengetua sekolah masing-masing.
Harap maklum.

Wednesday, August 5, 2009

Pertandingan Melukis

Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan dengan ini mempelawa pelajar-pelajar berdaftar di sekolah menengah di W. P. Labuan untuk menyertai pertandingan melukis poster kesedaran bahaya Tibi. Syarat-syarat penyertaan pertandingan melukis poster kesedaran bahaya penyakit Tibi bertajuk “Hidup Bebas Tanpa Tibi” Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan adalah seperti berikut:

1. Pertandingan melukis poster kesedaran bahaya penyakit Tibi bertajuk “Hidup Bebas Tanpa Tibi” Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan adalah terbuka kepada semua pelajar berdaftar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 6 di W. P. Labuan.

2. Lukisan poster adalah bebas tetapi mesti member fokus kepada “Hidup Bebas Tanpa Tibi”. Poster hendaklah dilukis di atas kertas lukisan putih bersaiz 270mm x 370mm. Pensel warna, krayon, warna air dan pen marker dibenarkan.

3. Lukisan hendaklah asli dan tidak menggunakan poster mana-mana organisasi, jabatan atau kementerian.

4. Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati lukisan yang dihantar adalah tidak asli dan ditiru. Pihak penganjur boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami di atas dakwaan karya tiruan.

5. Para peserta dikehendaki menjelaskan hasil lukisan secara bertulis atau bertaip yang tidak melebihi 200 patah perkataan di atas sehelai kertas A4 berwarna putih dan dilampirkan bersama poster yang dihantar.

6. Lukisan hendaklah berkaitan dengan tajuk dan menonjolkan usaha mempromosi kesedaran bahaya penyakit Tibi.

7. Hantarkan penyertaan kepada:
Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan
Peti Surat 82100
87030 W. P. Labuan
Sebelum atau pada 20 Ogos 2009

8. Peserta hendaklah menulis nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, kelas dan nama sekolah di bahagian belakang kertas lukisan.

9. Keputusan adalah muktamad. Surat menyurat tidak akan dilayan. Pemenang akan dihubungi melalui telefon.

10. Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan berhak sepenuhnya untuk menggunakan lukisan peserta untuk mana-mana aktiviti dan program anjurannya.

11. Hadiah pertama – Sijil penyertaan + barangan bernilai RM50
Hadiah kedua –Sijil penyertaan + barangan bernilai RM20
Hadiah ketiga – Sijil penyertaan + barangan bernilai RM10
Saguhati dan Anugerah Khas Hakim – Sijil penyertaan

Thursday, July 9, 2009

Takwim Tahun 2009 LAPTB

JANUARI

17 Jan
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan LAPTB Bil.1/2009

21 Jan
Penyampaian Treatment Allowance Scheme (TAS)
Sumbangan 15 kotak limau mandarin kepada pesakit

FEBRUARI

25 Feb
Penyampaian Treatment Allowance Scheme (TAS)

MAC

30 Mac
Penyampaian Treatment Allowance Scheme (TAS)

APRIL

24 Apr
Penyampaian Treatment Allowance Scheme (TAS)

28 Apr
Mesyuarat Sambutan Hari Tibi Sedunia


MEI

2 Mei
Mesyuarat Agung Ketiga LAPTB

9 Mei
World Tibi Day
Sumbangan hamper kepada 30 pesakit
Pengedaran risalah kesedaran penyakit Tibi di Klinik Tibi

28 Mei
Penyampaian Treatment Allowance Scheme (TAS)

JUN

13 Jun
Taklimat Pengurusan Pertubuhan Berkualiti bagi Persatuan Berdaftar di Wilayah Persekutuan Labuan

24 Jun
Penyampaian Treatment Allowance Scheme (TAS)



JULAI
04 Jul
Mesyuarat Jawaankuasa Pengurusan Bil.2/2009

10 Jul
Pertandingan Melukis Poster Kesedaran Bahaya Tibi
Penyampaian Treatment Allowance Scheme (TAS)

OGOS

Penyampaian Treatment Allowance Scheme (TAS)

20 Ogos
Tarikh tutup Pertandingan Melukis Poster

21 Ogos
Mesyuarat LAPTB Bil. 1/2009

SEPTEMBER

Penyampaian Treatment Allowance Scheme (TAS)
Seminar kesedaran bahaya penyakit Tibi

OKTOBER

Penyampaian Treatment Allowance Scheme (TAS)

NOVEMBER

Penyampaian Treatment Allowance Scheme (TAS)
Hari Keluarga LAPTB

Jawatankuasa Pengurusan LAPTB 2009-2011

Penasihat : Datuk K. J. Joseph
Penasihat Perubatan : Dr. Zaini Hussin
Presiden : Encik Lee Yu Chong
Timbalan Presiden : Encik Yakob bin Daud
Setiausaha Agung : Encik H. Lester Lee
Pen. Setiausaha Agung: Puan Delima Hj. Ismail
Bendahari Kehormat : Cik Sharifah Idris
Ahli Jawatankuasa :
Puan Esther Thane
Encik Mubin bin Gani
Encik Joffery Idris
Encik Tibli bin Alkani
Encik Yaplin Abd Wahid
Pengerusi Unit
· Keahlian : Cik Sharifah Idris
· Pendidikan dan Seminar : Encik H. Lester Lee
· Kebajikan dan Sosial : Encik Yakob bin Daud
· Tabung Kebajikan : Puan Delima binti Haji Ismail
· Projek Luar Bandar : Encik Yaplin bin Abd Wahid

Sunday, February 22, 2009

Takwim 2008



19 April 2008 Forum Kesihatan Sempena Sambutan Hari Kesihatan dan Tibi Sedunia 2008 Peringkat W. P. Labuan



Takwim LAPTB 2008
_________________

JANUARI

01 JAN - Tahun baru 2008


FEBRUARI

23 FEB - Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bil. 1/2008


MAC

01 MAC - Pertandingan merekacipta dan melukis logo LAPTB


24 MAC - Pemberian Treatment Allowance Scheme (TAS) kepada pesakit Tibi
Pemberian hamper kepada pesakit Tibi


28 MAC - Mesyuarat EXCO MAPTB Kuala Lumpur



APRIL

19 APR - Sambutan Hari Kesihatan dan Tibi Sedunia 2008 Peringkat W. P. Labuan

19 APR - Forum kesihatan di Kolej Matrikulasi Labuan


26 APR - Mesyuarat LAPTB Bil 1/2008
Pemilihan Pengerusi Unit LAPTB


MEI

17 MEI - Mesyuarat Agung LAPTB


JUN
28 JUN - Mesyuarat AJK Pengurusan LAPTB Bil.2/2008


30 JUN - Penganugerahan hadiah kepada pemenang Pertandingan merekacipta dan melukis logo LAPTB


JULAI

Ditunda - Pameran kesedaran bahaya Penyakit Tibi

16 JUL - Mesyuarat Agung MAPTB ke-58

17 JUL - Lawatan sambil belajar MAPTB ke Jakarta, Indonesia

26 JUL - Seminar Bina Upaya Promosi Kesihatan untuk Pertubuhan Bukan Kerajaan di Hospital Likas, Kota Kinabalu


OGOS

27 OGOS - Pemilihan Jawatankuasa Kecil Eksekutif dan Jawatankuasa Kecil MAPTB
2008-2010


SEPTEMBER

Ditunda - Kuiz kesedaran


OKTOBER

19 OKT - Seminar kesedaran bahaya penyakit HIV/AIDS dan Program Cegah Rokok, Alkohol dan Dadah W. P. Labuan


25 OKT - Mesyuarat AJK Pengurusan LAPTB Bil.3/2008


NOVEMBER

09 NOV - Hari Keluarga LAPTB di Pancur Hitam, W. P. Labuan


DISEMBER

Pengedaran newsletter MAPTB ke klinik-klinik swasta di W. P. Labuan