Sukacita dimaklumkan bahawa LAPTB telah berpindah ke lokasi baru seperti di bawah.
Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan
(Labuan Association for the Prevention of Tuberculosis)
Blok
A, Lot 6,
1st Floor, Pertama Industrial Estate,
Off Jalan Arsat,
87008 W. P. Labuan
Malaysia.
Sunday, May 25, 2014
Notis penggantungan dan pelucutan keahlian LAPTB
Kepada penama tersebut di bawah (alamat perhubungan tidak diketahui)
Ramilah binti Ramlee
Napiah bin Yakop
Kewasidah binti Nadus @ Abdullah
Chieng Yu Sieng Nelson
Dg Azura binti Ariffin Anzy
Aneeza @ Aci binti Mohd Ali
Chiang Gik Shing
Bongkok @ Liiliah Ronggaling
Sailin bin Ribin
Junainah binti Matali
Sharifah binti Idris @ Mohd Said
Evelyn Chin Sing Ping
Budi Hanai bin Abdullah
NOTIS PENGGANTUNGAN DAN PELUCUTAN KEAHLIAN LAPTB
Presiden
Ramilah binti Ramlee
Napiah bin Yakop
Kewasidah binti Nadus @ Abdullah
Chieng Yu Sieng Nelson
Dg Azura binti Ariffin Anzy
Aneeza @ Aci binti Mohd Ali
Chiang Gik Shing
Bongkok @ Liiliah Ronggaling
Sailin bin Ribin
Junainah binti Matali
Sharifah binti Idris @ Mohd Said
Evelyn Chin Sing Ping
Budi Hanai bin Abdullah
Tuan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara yang
tersebut di atas.
2. Dimaklumkan
bahawa keputusan Mesyuarat Agung LAPTB Ke-7 tahun 2013 menetapkan bahawa ahli
LAPTB yang tidak hadir untuk lima mesyuarat agung dan didapati tidak aktif
dalam sebarang program serta aktiviti yang dianjurkan akan digantung
keahliannya sehingga mesyuarat agung tahun berikutnya. Namun, ahli itu akan
diberi peluang untuk merayu dalam tempoh tersebut. Sekiranya ahli yang
digantung itu gagal menunjukkan surat tunjuk sebab sebagai rayuan bagi
mendapatkan semula keahliannya, maka ahli tersebut akan dicadangkan untuk
disingkirkan oleh Jawatankuasa Pengurusan setelah disokong oleh majoriti ahli
yang hadir dalam mesyuarat agung. Keputusan ini diambil setelah kami
mempertimbangkan Perlembagaan LAPTB Fasal 6.2 dan 9.1.
3. Sehubungan dengan itu, LAPTB sekali lagi membincangkan hal
tersebut di atas dalam Mesyuarat Pengurusan Bil.1/2014 serta Mesyuarat Agung
Ke-8 pada 01 Mei 2014 bagi memperhalusi keputusan penggantungan dan pelucutan
ahli. Ahli mesyuarat telah bersetuju, menerima, dan menyokong keputusan bahawa
ahli yang tidak mengikuti Mesyuarat Agung selama lima (5) kali berturut-turut dan/atau didapati tidak aktif dalam
sebarang aktiviti persatuan selama lima (5) kali dalam tempoh dua (2) tahun
digantung dengan serta merta sehingga Mesyuarat Agung Tahunan berikutnya. Jika
tiada rayuan dibuat selepas pemberitahuan oleh Setiausaha Agung, keahlian akan
dilucutkan. Rayuan hanya boleh dibuat semula dalam Mesyuarat Agung dan diterima
oleh majoriti dua per tiga ahli mesyuarat yang hadir.
4. Dengan dukacita memaklumkan bahawa setelah disemak dalam
senarai kehadiran tahun-tahun lepas, Jawatankuasa Pengurusan LAPTB telah
mengambil keputusan untuk menggantung keahlian tuan sehingga Mesyuarat Agung
LAPTB Ke-9. Tuan boleh membuat rayuan bertulis kepada LAPTB melalui Presiden
atau Setiausaha Agung. Sekiranya LAPTB gagal mendapat respon daripada pihak
tuan, tuan akan dilucutkan daripada menjadi ahli LAPTB setelah mendapat
perkenan Jawatankuasa Pengurusan dan suara majoriti Mesyuarat Agung.
4. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada Presiden atau
Setiausaha melalui talian telefon atau alamat LAPTB. Kerjasama
dan perhatian tuan dalam perkara ini amat diharapkan. Sekian untuk tindakan
tuan seterusnya.
Terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
Presiden
Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan
Notis ini dikeluarkan oleh Setiausaha Agung LAPTB pada 25 Mei 2014 dan perkara tersebut di atas adalah berkuatkuasa dengan serta merta, ditujukan kepada semua ahli LAPTB dan diambil kira sebagai pemberitahuna oleh Setiausaha Agung untuk ahli yang berpotensi digantung dan dilucutkan.

Saturday, October 5, 2013
Perhimpunan Promosi Kesihatan dan Kempen Kesedaran Bebas Tibi
Perhimpunan Promosi Kesihatan dan Kempen Kesedaran Bebas Tibi
21 September 2013
Ucapan perasmian penutupan oleh Dato' Seri Yeop Jr., Presiden MAPTB
Lawatan Dato' Seri ke booth pemeriksaan tekanan darah
Pemeriksaan tekanan darah percuma
Pertandingan melukis poster 1Malaysia Bebas Tibi
Pameran Kesedaran Tibi
Ceramah Kesedaran Tibi oleh Dr Waramlah
Sunday, December 2, 2012
Second-half year 2012
Sambutan Ulang Tahun Ke-64
MAPTB
Mesyuarat Eksekutif MAPTB
14 Julai 2012
Puteri Bayu Beach Resort, Pangkor
Mesyuarat Agung MAPTB
14 Julai 2012
The Orient Star Resort, Perak
43rd Union World International Conference
Kuala Lumpur Convention Centre
Saturday, July 28, 2012
Keputusan Pertandingan Melukis Poster Kesedaran Tibi 2012
Ahli Jawatankuasa Pengurusan LAPTB dalam Mesyuarat Pengurusan Bil.3/2012 yang terdiri daripada 9 orang juri telah bersetuju memilih penama-penama berikut sebagai pemenang Pertandingan Melukis Poster Kesedaran Tibi bertajuk "1 Malaysia Bebas Tibi" 2012.
Kategori Sekolah Menengah
Johan: Adrian Meripa Biring (SMK Mutiara)
Naib Johan: Siti Nabilah Ag Sulaiman (SMK Mutiara)
Ketiga: Logesvaran a/l Gopalkrishnan (SMK Mutiara)
Saguhati: Lim Vun Jiun (SM St Anthony)
Kategori Sekolah Rendah:
Johan: Tan Xue Wen (SJKC Chi Wen)
Naib Johan: Kong Yu Xuan (SJKC Chi Wen)
Ketiga: Hannah Tsen En Ling (SJKC Chi Wen)
Saguhati: Chan Wei Lu (SJKC Chi Wen)
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.
Sila tunggu panggilan telefon daripada pihak penganjur untuk penyerahan hadiah.
Penyampaian hadiah Johan Kategori Sekolah Menengah
Adrian Meripa Biring (Kelas 5 CST SMK Mutiara)
Pemenang kategori Sekolah Rendah
SJKC Chi Wen, W. P. Labuan
Tuesday, May 1, 2012
1Malaysia Bebas Tibi
Jemputan Penyertaan Pertandingan Melukis Poster Kesedaran Tibi bertajuk "1Malaysia Bebas Tibi" Tahun 2012
Syarat-syarat penyertaan pertandingan melukis poster kesedaran bahaya penyakit Tibi bertajuk “1Malaysia Bebas Tibi” Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan adalah seperti berikut:
1. Pertandingan melukis poster kesedaran bahaya penyakit Tibi bertajuk “1Malaysia Bebas Tibi” Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan adalah terbuka kepada semua pelajar berdaftar sekolah rendah dan menengah di W. P. Labuan.
2. Lukisan poster adalah bebas tetapi mesti memberi fokus kepada kehidupan sihat tanpa tibi.
3. Poster hendaklah dilukis di atas kertas putih bersaiz 270mm x 370mm. Pensel warna, krayon, warna air dan pen marker dibenarkan.
4. Lukisan hendaklah asli dan tidak menggunakan poster mana-mana organisasi, jabatan atau kementerian.
5. Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati lukisan yang dihantar adalah tidak asli dan ditiru. Pihak penganjur boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami di atas dakwaan karya tiruan.
6. Lukisan hendaklah berkaitan dengan tajuk dan menonjolkan usaha mempromosi kesedaran bahaya penyakit Tibi.
7. Hantarkan penyertaan kepada:
Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan
Peti Surat 82100
87030 W. P. Labuan (Tel: 087-412987)
Sebelum atau pada 31 Mei 2012
8. Peserta hendaklah menulis nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, kelas dan nama sekolah di bahagian belakang kertas lukisan. Lukisan hendaklah ditanda tangani oleh pentadbir sekolah dan dicop sebagai pengesahan.
9. Keputusan adalah muktamad dan mengikut kategori sekolah rendah dan menengah. Pemenang akan dihubungi melalui telefon.
10. Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan berhak sepenuhnya untuk menggunakan lukisan peserta untuk mana-mana aktiviti dan program anjurannya.
11. Hadiah pertama – Sijil penyertaan + trofi + Sijil Sahabat LAPTB
Hadiah kedua –Sijil penyertaan + trofi + Sijil Sahabat LAPTB
Hadiah ketiga – Sijil penyertaan + trofi + Sijil Sahabat LAPTB
Saguhati dan Anugerah Khas Hakim – Sijil penyertaan + Sijil Sahabat LAPTB

Saturday, November 19, 2011
Hari Keluarga LAPTB 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)