Wednesday, June 22, 2016

Pertandingan Melukis Poster Kesedaran Bahaya Tibi bertajuk “Hidup Bebas Tanpa Tibi” 2016



Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan (LAPTB) akan menganjurkan Pertandingan Melukis Poster Kesedaran Bahaya Tibi bertajuk “Hidup Bebas Tanpa Tibi” bermula 13 Jun 2016 hingga 31 Julai 2016. 



Syarat-syarat penyertaan pertandingan melukis poster kesedaran bahaya penyakit Tibi bertajuk “Hidup Sihat Tanpa Tibi”  Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan adalah seperti berikut:

1.       Pertandingan melukis poster kesedaran bahaya penyakit Tibi bertajuk “Hidup Sihat Tanpa Tibi  Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan adalah terbuka kepada semua pelajar berdaftar sekolah rendah dan menengah di W. P. Labuan.

2.       Lukisan poster adalah bebas tetapi mesti memberi  fokus kepada kehidupan sihat tanpa tibi.
3.       Poster hendaklah dilukis di atas kertas putih bersaiz 270mm x 370mm. Pensel warna, krayon, warna air dan pen marker dibenarkan.

4.       Lukisan hendaklah asli dan tidak menggunakan poster mana-mana organisasi, jabatan atau kementerian.

5.       Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati lukisan yang dihantar adalah tidak asli dan ditiru. Pihak penganjur boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami di atas dakwaan karya tiruan.

6.       Lukisan hendaklah berkaitan dengan tajuk dan menonjolkan usaha mempromosi kesedaran bahaya penyakit Tibi.

7.       Hantarkan penyertaan kepada:
Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan
Peti Surat 82328,
87033 W. P. Labuan
Sebelum atau pada 31 Julai 2016 

8.       Peserta hendaklah menulis nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, kelas dan nama sekolah di bahagian belakang kertas lukisan. Lukisan hendaklah ditandatangani oleh pentadbir sekolah dan dicop sebagai pengesahan.

9.       Keputusan adalah muktamad dan mengikut kategori sekolah rendah dan menengah. Pemenang akan dihubungi melalui telefon.

10.   Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan berhak sepenuhnya untuk menggunakan lukisan peserta untuk mana-mana aktiviti dan program anjurannya. 

11.   Hadiah pertama – Sijil penyertaan + trofi
Hadiah kedua –Sijil penyertaan  + trofi
Hadiah ketiga – Sijil penyertaan + trofi
Saguhati– Sijil penyertaan  


 Tahniah kepada pemenang Pertandingan Melukis Poster "Hidup Bebas Tanpa Tibi" Tahun 2016


SEKOLAH RENDAH: 
1) Joan Khoo Li Ling
2)Vanessa Yap Kang Wei
3) Natalie Ching Ming Hui
4) Ashlee Sia Wei Tien

SEKOLAH MENENGAH: 
1) Mary Jane Chang Li Jin
2) Aqil Hafiz Tsen Loong Tyan
3) Mohd Haziq bin Mohd Nor
4) Mark Griffin anak Elias